Pengurusan Universiti akan memberi komitmen, seberapa praktik yang boleh seperti berikut:
-
Seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula penyataan bertulis dasar berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
-
Memastikan sumber disediakan untuk membangun, melaksana, menyelenggara dan menambahbaik sistem keselamatan dan kesihatan pekerjaan di UMT. Sumber adalah merujuk kepada sumber manusia, kewangan, latihan, kemudahan infrastruktur dan teknologi
-
Menentukan peranan, mengagihkan tanggungjawab dan akauntabiliti serta menurun kuasa untuk memudahcara pengurusan keselamatan dan kesihatan yang berkesan
-
Menimbang apa-apa laporan yang diterima daripada JKKP PTj atau laporan audit yang disediakan oleh juru audit keselamatan dan kesihatan atau mana-mana agensi kerajaan yang lain mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan
-
Naib Canselor (NC) merupakan orang yang bertanggungjawab di bawah perundangan ke atas semua perkara keselamatan dan kesihatan di Universiti Malaysia Terengganu termasuk mempertimbangkan dan membincangkan agenda keselamatan dan kesihatan pekerjaan. NC boleh menurunkan kuasanya kepada ahli pengurusan tertinggi yang lain
Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj) adalah berperanan dan bertanggungjawab seperti berikut:
-
Memastikan tempat kerja untuk staf dan persekitaran pelajar atau orang lain yang berurusan di PTj adalah bebas dari hazard yang boleh mengakibatkan kemalangan atau kejadian berbahaya
-
Memberi perhatian berkenaan keperluan perundangan dan menyediakan prosedur kerja selamat dan sihat serta dimaklumkan kepada semua staf PTj untuk dipatuhi
-
Memastikan sumber yang mencukupi disediakan untuk pelaksanaan hal-hal keselamatan dan kesihatan pekerjaan di PTj
-
Mempengerusikan mesyuarat JKKP PTj, atau menurun kuasa kepada wakil yang dilantik. Secara umumnya, Ketua PTj masih bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan dan kesihatan pekerjaan di PTj
-
Memastikan semua kemalangan di PTj dilaporkan. Memastikan siasatan dalaman dilakukan apabila diarahkan
-
Memastikan sesuatu kerja yang berisiko hanya dilaksanakan oleh staf yang terlatih dan kompeten manakala pelajar diberi bimbingan, latihan atau taklimat serta dipantau secara berterusan. SOP kerja berisiko hendaklah diadakan dan maklumat yang secukupnya disediakan
-
Memastikan staf dan pelajar mendapat maklumat dan latihan keselamatan dan kesihatan yang sewajarnya. Kontraktor dan pelawat juga diberi maklumat keselamatan supaya mereka tidak terkesan daripada aktiviti di PTj
-
Mengunakan kaedah komunikasi tersedia atau mewujudkan kaedah komunikasi yang sesuai sebagai platform perbincangan antara pengurusan dengan staf demi meningkatkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
-
Memastikan keanggotaan semua jawatankuasa berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipaparkan dalam laman web dan papan notis PTj
Staf adalah bertanggungjawab untuk:
-
Membaca dan memahami dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan UMT
-
Mematuhi keperluan perundangan serta prosedur kerja UMT di tempat kerja semasa bertugas termasuklah tempat kerja yang berada di luar kawasan kampus induk
-
Menggunakan PPE yang sesuai semasa menjalankan tugas di tempat kerja
-
Melaporkan sebarang hazard, insiden dan kemalangan kepada JKKP PTj
-
Melaporkan sebarang kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan kepada JKKP PTj
-
Melaporkan cuti sakit berkaitan dengan KKP termasuklah keracunan dan penyakit berjangkit kepada JKK PTj
-
Mengambil tahu dan mematuhi prosedur kecemasan dan mematuhi arahan yang diberikan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan
-
Bekerjasama dengan JKKP PTj apabila diperlukan
-
Bertanggungjawab bagi keselamatan dan kesihatan diri sendiri dan orang lain yang mungkin terjejas atau dipengaruhi oleh tindakan anda
Pegawai Penyelia memikul tanggungjawab sebagai staf di samping menjalankan tugas dalam:
-
Memastikan staf lain, kontraktor dan pelajar di bawah seliaan mendapat latihan yang sewajarnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
-
Mengambil tindakan terhadap sebarang hazard, keadaan tidak selamat, insiden, kemalangan dan melaporkannya kepada JKKP PTj
-
Membantu JKKP PTj menjalankan pemeriksaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja secara aktif
-
Membantu JKKP PTj menjalankan penyiasatan terhadap laporan insiden termasuklah kemalangan dan hazard di tempat kerja di bawah bidang masing-masing
-
Memastikan staf lain, kontraktor dan pelajar di bawah seliaan memakai PPE yang sesuai semasa menjalankan tugas di tempat kerja
-
Memastikan staf lain, kontraktor dan pelajar di bawah seliaan mengetahui dan mematuhi prosedur kecemasan serta mematuhi arahan yang diberikan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan
Pelajar bertanggungjawab memastikan:
-
Membaca dan mematuhi prosedur keselamatan UMT semasa berada di dalam kawasan kampus
-
Membawa diri secara bertangungjawab semasa menjalankan aktiviti di makmal atau klinik. Terdapat makmal atau klinik yang mempunyai prosedur kerja khusus yang perlu dipatuhi semasa penggunaan bahan dan peralatan khas
-
Menggunakan PPE dan alatan keselamatan dengan betul serta tidak menyalahguna atau merosakkannya
-
Mematuhi segala arahan keselamatan terutamanya jika berada di kawasan pembinaan, penyelenggaraan dan lain-lain kawasan berisiko didalam kampus
-
Membaca dan mematuhi prosedur kecemasan serta mematuhi arahan yang diberikan oleh staf atau Pasukan Tindakan Kecemasan
-
Melapor hazard, insiden dan kemalangan termasuklah kecederaan dan cuti sakit akibat kerja, aktiviti penyelidikan atau pengajaran kepada Pegawai Penyelia
-
Mengikuti taklimat, latihan, kursus dan lain-lain aktiviti KKP yang diarahkan dari semasa ke semasa
Kontraktor mempunyai tanggungjawab untuk:
-
Mematuhi keperluan perundangan KKP dan keperluan-keperluan UMT semasa menjalankan kerja di UMT
-
Kerja-kerja pembinaan perlu mengikuti sistem permit bagi menjalankan kerja (Permit to Work)
-
Menggunakan cara kerja atau kaedah kerja yang selamat
-
Peralatan dan bahan yang digunakan tidak membawa risiko terhadap mereka dan staf, pelajar dan pelawat UMT
-
Melapor semua kecederaaan, insiden dan kemalangan dengan segera kepada pihak berkuasa UMT, iaitu Pegawai Penyelia UMT di PTj
-
Melaporkan semua hazard, kecederaaan, insiden dan kemalangan kepada JKKP
-
Memastikan semua staf di bawah seliaan mereka adalah kompeten dalam menjalankan tugas dan mempunyai pengalaman serta kelayakan yang sesuai termasuklah mempunyai kompetensi untuk tugas tersebut
-
Memastikan arahan kerja lengkap diberi kepada staf dan menyelia mereka dengan rapi
-
Memaklumkan kepada pihak berkuasa UMT, iaitu staf yang menyelia di PTj, sekiranya terdapat isu atau bakal menjadi isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan segera
-
Mengambil perhatian dan mematuhi prosedur kecemasan serta mematuhi arahan yang diberikan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan
-
Bertanggungjawab bagi keselamatan dan kesihatan diri sendiri dan orang lain yang mungkin terjejas atau dipengaruhi oleh tindakan anda
Pelawat bertanggungjawab untuk:
-
Membawa diri secara bertangungjawab semasa berada dalam kawasan kampus UMT
-
Mematuhi prosedur kecemasan dan arahan yang diberikan oleh Pasukan Tindakan Kecemasan