UKKPP

Latar Belakang

image
image
image
Tentang kami

UKKPP UMT

Kami di Unit Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran Pekerjaan UMT komited untuk membantu Universiti untuk menyediakan dan memelihara persekitaran kerja yang selamat untuk semua warga UMT

Komitmen kami

Sejarah kami

Pengenalan

UKKPP atau dikenali sebagai Unit Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran Pekerjaan (UKKPP) Universiti Malaysia Terengganu ditubuhkan secara rasmi pada 2013 di bawah pentadbiran Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan. Sebelum ditubuhkan UKKPP, pada tahun 2003 UMT hanya mempunyai Jawatankuasa Keselamatan Makmal yang hanya berfokus kepada amalan kerja selamat di makmal. Bagi tujuan pematuhan kepada perundangan UMT telah melantik Jawatankuasa Induk Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UMT dan UKKPP bertindak sebagai secretariat.

Di dalam aspek keselamatan dan Kesihatan warganya, UMT sentiasa komited dalam menyediakan persekitaran kerja yang kondusif berlandaskan perundangan berkuatkuasa merangkumi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (pindaan 2022), Akta Bio-Keselamatan 2007, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan perundangan lain yang berkuat kuasa. UKKP berhasrat menjadi wadah untuk memupuk serta memelihara persekitaran kerja yang selamat dan sihat kepada staf, pelajar dan orang awam yang berurusan di UMT. UKKPP turut berfungsi sebagai penyelaras semua aktiviti melibatkan KKP seperti merancang serta melaksanakan program kesedaran, kompetensi, pemantauan, pemeriksaan dan latihan kepada pelajar dan staff.