UKKPP

Keselamatan Sinaran

Pengenalan Pengurusan Perlindungan Sinaran

UMT yang mempunyai pelbagai bidang pengajian telah menyediakan pelbagai kemudahan yang melengkapkan proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan. Antara kemudahan utama yang disediakan adalah ruang makmal yang kondusif dan peralatan berteknologi untuk memenuhi keperluan P&P dan penyelidikan. Seiring dengan perkembangan teknologi, penggunaan peralatan dan radas sinaran menjadi penting dalam bidang fizik, perubatan, nuklear dan banyak lagi.
UMT sangat patuh kepada keperluan Akta Perlesenanan Tenaga Atom (1984) terutamanya dibawah Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010. Pengurusan UMT sentiasa peka terhadap kesihatan dan keselamatan warga yang berisiko terdedah kepada aktiviti sinaran berion. Bagi tujuan menguruskan perlindungan sinaran, UMT telah menubuhkan jawatankuasa khusus yang bertindak melaksanakan program berkaitan serta menjadi penasihat atau rujukan pelbagai pihak di UMT. Semua program perlindungan sinaran yang dijalankan adalah mengambilkira keperluan dalam akta dan peraturan berkuatkuasa.

"Pengurusan UMT sentiasa peka terhadap kesihatan dan keselamatan warga yang berisiko terdedah kepada aktiviti sinaran berion"

- Pengurusan Perlindungan Sinaran UMT

Program Perlindungan Sinaran UMT

Struktur Pengurusan Perlindungan Sinaran
Tanggungjawab
Program Latihan Pekerja Sinaran
Had Dos Untuk Pekerja Sinaran
Pelan Tindakan Kecemasan Radiasi
Prosedur Pengawasan, Kendalian
dan Penyimpanan Rekod
Prosedur Kendalian Peralatan Sinaran
Prosedur Kendalian Diluar Jangkaan