UKKPP

Utama

Full 1
SELAMAT DATANG KE
Unit Keselamatan, Kesihatan dan
Persekitaran Pekerjaan
Full 1
previous arrow
next arrow

Pengenalan

Latar Belakang

UKKPP atau dikenali sebagai Unit Keselamatan, Kesihatan & Persekitaran Pekerjaan (UKKPP) Universiti Malaysia Terengganu ditubuhkan secara rasmi pada 2013 di bawah pentadbiran Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan. Fungsi UKKPP UMT adalah menyediakan dan memelihara persekitaran kerja yang selamat dan sihat kepada staf, pelajar dan orang awam yang berurusan di UMT berlandaskan peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan perundangan lain yang berkuat kuasa. Pusat ini telah diletakkan di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UMT. Secara umum, tanggungjawab UKKPP adalah merancang dan melaksanakan program dan kompetensi pemantauan, pemeriksaan dan latihan untuk mematuhi kehendak Perundangan Nasional, khususnya Akta Keselamatan dan Kesihatan (1994), Akta Alam Sekitar 1974 dan lain-lain peraturan yang berkaitan. Ini adalah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan setiap warga UMT serta pengunjung yang berurusan dengan UMT terjamin.

Sejarah Penubuhan

Pada awal penubuhannya, UKKPP diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UMT. UKKPP terdiri daripada 3 orang kakitangan dan dibahagikan kepada 5 bahagian; Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat, Keselamatan Kampus dan Tempat Kerja, Keselamatan Kimia dan Latihan Kompetensi, Biologi, Pengurusan Makmal dan Penyelidikan dan Keselamatan Sinaran dan Pengurusan Sisa Berjadual. Setiap bahagian ini mempunyai fokus dan komitmen khusus dalam memastikan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di UMT berjalan lancar seperti yang dikehendaki oleh universiti.

seluruh warga umt

"Selalu waspada, keselamatan adalah keutamaan kita!"

Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan adalah tanggungjawab bersama

© 2026 Movely. All Rights Reserved.